Malam tadi tidur lambat gila, dekat pukul dua, bahana borak dengan Oyah la ni. Mula2 dia konon study, BM Tingkatan 5 yang sastera tu, apa ntah nama subjek tu saya pun dah lupa. Woi tau la tengah stadi sastera, harus ke pasang lagu Melayu yang tangkap cintan dan meleleh air liur? Pejadah tah tajuk lagu tu saya ni bukan dengar sangat lagu2 Melayu ni, artis Melayu pun tak kenal sangat. *Konon lebih anggun dan sofistikated bila dengar lagu omputih je*. Sakit telinga aku nak tidur, dah la lampu terpasang. Tak lama lepas tu, mungkin cemburu tengok saya yang sedap baring2 tak perlu memikirkan tahun depan nak kena ambik SPM bagai, dia pun cepat2 kemas barang2 stadi dia, stop lagu kat henpon dia, (masa dia stop tu tengah lagu Pada Syurga di Wajahmu nyanyian Nash), dan baring sebelah saya.
Dah tutup lampu, tak boleh tidur lak. Dan perbualan pun bermula. Biasanya kalau ada masa macam tu topik perbualan kami lebih menjurus kepada isu semasa seperti pemanasan global, politik, cara2 mengatasi H1N1, tokoh2 sejarah.... okay2, memang tipu pun, tak yah la nak buat pandangan sinis macam tu kat aku. Haha! Hmm.. Dah nama pun gadis cantik dan outspoken bercerita, haruslah membitching pasal manusia2 yang menjengkelkan kami. Heheh.. Saya cerita dia dengar, dia cerita saya tidur, eh kantoi lak ko cakap sorang2 semalam.. Haha tipu je la! :P Aku dengar la weyy.. Aku ni kan kakak yang sanggup mendengar apa saja :) Bottom line is, kami memang banyak persamaan, especially the way of thinking. *Aku yang kebudak-budakan atau dia yang terlebih matang? (-_-")* One thing yang paling sama, kami kalau dah jengkel pada seseorang tu, muka kami akan jadi sangat sinis je bila berdepan dengan orang tersebut. Memang tak pandai nak berpura2 langsung la! Kalau saya bukan setakat muka sinis je, kata2 yang keluar dari mulut pun memang sarkastik je bunyi. Huhu. Dulu saya sangat lurus, saya bukan jenis pendendam sangat pun. Tapi semenjak bekerja, berjumpa dengan ramai orang, pelbagai bangsa dan negara, putih atau hitam, dengan macam2 kerenah yang menuntut saya menjadi lebih keras dan kasar, evenmore when i am the youngest and the only female engineer that people tend to put me under more pressure than others, i am a complete different now. Sekarang ni if ada apa2 yang saya tak suka memang ringan je mulut saya nak sound bagi elok sikit. Memang semua pun main gurau kasar je. Nasib la pada sesiapa yang tak boleh terima. Nak balas balik? Bring it on, macam la aku kisah. Mean girl? Oyah can be quite a mean girl. I am not mean. I am meaner. Haha..
Macam2 la cerita malam tadi, sampai masuk konflik dia dengan kawan lelaki dia, konflik dengan cikgu yang dia anti sangat, pasal relationship masing2, dan saya sempat bagi nasihat berguna pada beliau,
"Sekali seumur hidup try la kapel dengan orang kaya yang generous macam ***** tu, best tau dapat macam2. Takyah serius pun takpe. Eh tapi kau kena pandai jaga diri la. So kalau tak kekal pun dengan dia kau dah untung banyak dah, apa pun tak rugi, hahaha.. Bila dah dewasa sikit macam aku ni baru la cari cinta sejati"
Gila jahat ayat. Hahaha. Sekadar memuaskan hati sendiri :P (***** - nama bekas kekasih)
"Tapi macam mana Kak Una boleh suka ***** masa awal2 dulu? Before buat makeover dulu kan dia langsung tak hensem. Takkan la awal2 lagi Kak Una dah aim dia sebab dia kaya" Oyah yang berfikiran remaja 16 tahun stereotaip yang mementingkan paras rupa mula mengeluarkan kenyataan kejam berbau fitnah.
"Dulu mana aku tau dia kaya pun sebenarnya. Asalnya dulu dia baik la, lagipun aku suka lelaki yang fluent English. Actually bila dah break baru aku tahu kilang tu bapak dia punya, selama ni aku ingat bapak dia kerja situ je. Rasa rugi lak tak ketuk lebih2 dulu. Baru la berbaloi kena main kayu tiga pun. Hahaha.." hilai tawa saya tak ubah seperti dirasuk syaitan.
"Habis tu kiranya Kak Una ikhlas la suka dia, yela masa tu mana tau dia kaya lagi kan?" Oyah masih belum berpuas hati dengan penjelasan saya.
"Aku tak rasa aku truly deeply in love dengan dia kot. Aku just suka dia. Dulu aku ingat dia lelaki terbaik. Bila dah lama2 baru aku sedar aku hanya perlukan dia, for 5 years aku dah terbiasa dengan macam2 kesenangan yang dia bagi kat aku. Dari segi kebendaan memang melimpah2, seryes. Semua tu macam menutup segala perasaan sakit hati yang aku pendam bertahun2. Dia mungkin baik, but i don't think he is a husband type la sebenarnya" Maaf, memang kenyataannya kedengaran sangat kurang ajar, tapi inilah yang sebenar2nya saya rasa. Sudah bosan berpura2.
"Tapi family dia baik kan, macam2 tolong Kak Una dulu.."
Itu saya tak nafikan. Keluarga dia sangat2 baik, sehingga kini saya masih rasa terhutang budi dan masih lagi menyimpan perasaan hormat yang tinggi pada mereka. *Terbayang2 wajah ibu mertua tak jadiku yang penyayang*
"Habis tu dengan Abang Hanis rasa macam mana lak?" Oyah tanya soalan cepu emas macam wartawan Melodi yang muka macam cina pejadah tah nama dia.
"Abang Hanis tu... Aku cinta dia..." kataku dan terus menekup muka dengan bantal sebab tersipu2 malu.
"Fantek la pompuan ni.." ujarnya lancang. "Tapi Abang Hanis tu comel la..."
"Bertahun2 Yah, hubungan yang berlandaskan rasa curiga memang takkan bahagia. Makan hati sangat... Sekarang ni kan, aku rasa macam ringan sangat dada aku. Betul2 bahagia la rasa. Maybe sebab banyak ketawa kot dengan Hanis tu. Semua benda rasa macam sangat mudah, sebab hati kita ikhlas kan.. Kali pertama aku bertentang mata dengan dia aku dah tau, he's the one"
................Fine, ayat terakhir tu aku tak cakap pun. Saja tambah sebab rasa macam sedap je letak ayat tu kat penghujung kata2 :D Ya, sesungguhnya saya adalah penagih cinta sejati yang tegar, through weakness and strength, happiness and sorrow, for better for worse. Saya hanya nak cinta, tak payah kaya raya pun, saya dah rasa semua tu. Saya tak kisah bermula dari bawah pun, bersusah2 pun, as long as together with someone i love and loves me back truly as what i am, bukan jenis yang suruh saya tanggalkan tudung bila dah kahwin nanti supaya nampak lebih moden so tak la malu sangat nak bawak ke majlis2, dan boleh lagi cakap, "Ala takpe la, dah kahwin nanti kan dosa you i yang tanggung?".. Hendak ku maki si jahil, aku sendiri bukannya mulia sangat, tapi takkan pernah terfikir dalam akal senteng saya ni nak tanggung dosa orang lain, dosa sendiri pun tak tertanggung.
"Hahaha.. Aah, memang akan banyak ketawa pun dengan Abang Hanis tu, dia kan sengal2 sikit" sesedap rasa je Oyah mengata balak aku. Grr..
Bercerita dan bercerita, ketawa dan ketawa, mama datang bercekak pinggang,
"Korang ni cerita sampai bilik aku dengar suara korang, tidur la! Bising tau"
Alamak, Madam M dah datang la...
Partners In Crime
When we said we don't give a damn, we actually mean it..
P.S: Jika segala kesakitan yang aku rasai dulu adalah harga yang perlu dibayar untuk kebahagiaan yang aku nikmati sekarang, aku sanggup lalui kesakitan itu berkali2, asalkan kebahagian ini menjadi milik aku selama-lamanya.. (hambik kau sekali aku berpuitis.. haha)